12 April 2012

BAB DUA+

GERAK HATI

"Aku tak takut buat salah. GUILTY ialah pendorong aku untuk perbaiki diri, DENGKI ialah penghalang aku maju. MENYESAL ialah benda bodoh yang aku takkan buat. Simple."
-Pen 31 MAC 2003




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



RAFIQ menutup catatan diari seorang tokoh lama. Setiap anggota keluarganya wajib baca diari ni. Kononnya ada rahsia bagaimana tokoh tu berjaya.

"Rahsia? Bodoh, rahsia apa, itu hanya catatan manusia biasa, manusia yg sama macam aku. Aku pun boleh tulis satu diari sama macam tu. Mungkin lebih bagus."

Rafiq menyarung sutnya. Tiada jenama. Tapi sutnya dijahit oleh sahabat baiknya. Kainnya gred 180. Personal touch, setiap butang, setiap lekuk mengikut citarasa Rafiq. A fine bespoke tailored suit. Sahabatnya pandai adjust supaya suit tu kena dengan postur Rafiq.





~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 


Rafiq mencapai jamnya, duduk sebentar di atas katil hotel, kemudian menjeling pada salinan diari agung tadi.

"Tapi aku setuju, DENGKI, kalau ko asyik memandang punggung orang lain, ko takkan nampak jalan ko sendiri."



"MENYESAL? Selagi ko tunduk pandang bawah kerana kesalahan lama, selagi tu ko akan terus sesat. Yes, simple."

Senyuman Rafiq diganggu oleh ketukan lembut pada pintu biliknya. Tak sempat Rafiq jawab, seorang lelaki tinggi masuk.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 


Rambut putih tapi masih muda. Kulit putih seperti foreigner, matanya merah seperti delima.

"Geng, jom gerak" Lelaki misteri tu mengajak Rafiq tanpa sebarang senyuman terukir.



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 




Sebuah kereta Rolls-Royce lama sedang menunggunya. Pakciknya sedang menghisap curut dekat-dekat situ. Sebaik nampak saje Rafiq keluar dari bangunan hotel, kemain riang pakciknya, sekuat hati dier peluk Rafiq.

"Hahaha relaks. Ikut gerak hati hang" Pakciknya menyimpan curut kemudian meludah ke dalam longkang.

Gerak hati? Gerak hati Rafiq kata malam ni, dia bakal jadi korban permainan orang-orang keji dalam keluarganya.



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 


+NEXT - BAB TIGA+


+BACK TO BAB SATU+

03 April 2012

BAB SATU+

IKUT ARUS

Jari aku sedang membelek-belek duit syiling baru Malaysia. Kenapa syiling ni perlu tukar bentuk baru? Duit syiling baru dah sah-sah tak laku kat mesin basuh, mesin tiket komuter dan mesin jual air tin. 

Aku pikir lagi. Benda yang solid macam syiling ni pun berubah. Kenapalah aku still tak berubah.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Skang aku ambil konsep floating, mengapungkan diri mengikut arus. Not bad actually. Aku gembira. Ada kekasih. Ada keluarga. Aku bebas buat apa aku nak. Tapi, tapi kadang-kadang aku rasa tak puas hati. 

Walaupun aku selesa dengan keadaan sekarang, tapi kalau aku biarkan saje, aku takkan ke mana-mana, aku akan stuck dengan kehidupan aku sekarang. Jauh di dalam sudut hati aku, aku nak sedikit adventure dalam hidup aku. Cabaran baru, kawan baru, dunia baru.

Cuma aku takut, aku takut kalau aku berubah, aku akan jadi tak laku, seperti syiling baru ni.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~