10 July 2012

DUNIA SAKIT


Karya di bawah fiksyen semata-mata

  • Imagine, negara kita kehilangan golongan atas pagar, no more buffer...

  • Satu hari... parti politik, masyarakat akan pecah jadi dua, penyokong hiburan, dan penyokong agama.

  • Dan selama ni, berpuluh tahun golongan hiburan asyik menang, seorang leader naik utk pimpin golongan agama yg minoriti.

  • Golongan agama bertambah, dan makin kuat, makin kuat, dan mereka sememangnya betul, yang sebetulnya, absolute.

  • Golongan hiburan adalah golongan rosak, kotor, gelap hati, setiap kata mereka tak berharga, even tak senilai setitik peluh

  • Oleh kerana golongan hiburan berpuluh tahun tindas agama, sekarang buffer-makhluk atas pagar dah hilang, maka inilah peluang untuk cuci segala kekotoran ini

  • Demi kedamaian-kemajuan-kebaikan











04 July 2012

BAB ENAM+


Hotel Esplanade, Negara Manjung, 2033... 


Rafiq masih mamai, pening, dan bertambah pening bila memikirkan bagaimana Syu, pengikut setia Pen, boleh tiba-tiba mati ditembak oleh Pen? 

Pic source : Legacy of Thousand Suns Facebook

Macam mana Pen boleh tiba-tiba berbeza ideologi dengan pengikut setianya. Something missing.  



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Pen dah takde, hanya diari dia yang tinggal, tapi masih banyak maklumat yg tak lengkap tentangnya.


Kereta Rolls-Royce yang membawa Rafiq masih terus dipandu mengelilingi bangunan hotel. Untuk langkah berjaga-jaga kata Pakcik Loqo.


Pic source :  http://www.pcslimos.co.uk


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Rafiq lihat sekeliling. Keadaan di Negara Bandar amat berbeza dengan kawasan Outside yang dijaga keluarga mereka.


Negara Bandar lebih meriah. Lebih banyak kereta yang bergerak di atas jalan. Gadis-gadis memakai T-shirt cantik sedang menikmati kopi di kafe. 


Sesetengah gadis nampak lebih comel dengan gaya tudung yang dia tak pernah lihat. Rafiq juga nampak orang berpakaian robot, abangnya pernah cerita, mereka ialah cosplayer.


Pic source : Legacy of Thousand Suns Facebook

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Akhirnya, Rolls-Royce putih ini masuk ke dalam kawasan parking bawah tanah. Rafiq menarik nafas, tahan, dan hembus nafasnya.


"Ok, masa untuk kerja"



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


BAB LIMA+



Kata ahli ekonomi, ekonomi tak mungkin runtuh. Kata orang berniaga, selagi ada permintaan selagi tu ada orang jual beli. Tapi peristiwa kira-kira 35 tahun dahulu mengingatkan manusia, tiada apa yang mustahil.





TAHUN 1998 - 2000


Kegawatan ekonomi sejak 1997 gagal dipulihkan. Banyak kilang tutup. Tutupnya kilang-kilang menyebabkan jumlah barang keperluan di pasaran berkurangan. Harga barang melonjak. Hiperinflasi berlaku. Seorang lelaki bernama Pen mula merancang sesuatu.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TAHUN 2000-2003


Perbelanjaan kerajaan meningkat. Rusuhan berlaku di setiap negeri. Orang ambil kesempatan tidak bayar cukai. Tiada orang simpan duit di bank. Bank rugi. Kerajaan tiada lagi duit untuk membayar upah polis, tentera, pekerja pejabat. Rusuhan besar tercetus.




Satu lagi perkara mengejutkan ialah peristiwa seperti ini berlaku di seluruh dunia. Beberapa negara berperang hingga menjadi debu. Di negara Malaysia, tiada lagi orang jual beli. Mahukan sesuatu? Curi, rampas dari orang lain.




Dalam keadaan huru-hara, Pen berjaya mengumpul beberapa pengikut setia. Salah seorang dari pengikutnya ialah Syu - Great Anarchist.




Agenda yang dibawa Syu hanya satu, runtuhkan kerajaan, dan kita semua bebas. Ramai rakyat yang ikut Syu kerana ingin keluar dari derita. Ramai peniaga sokong Syu kerana takmau lagi ada campurtangan kerajaan seperti harga syiling dan cukai.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TAHUN 2003-2005


Syu hampir berjaya musnahkan kerajaan. Tapi Pen tiba-tiba muncul dan mendedahkan kelemahan Dunia Bebas - Utopia ciptaan Syu. Sedikit sebanyak moral pengikut Syu mula jatuh. 




Pen yang disokong beberapa kerajaan negeri berjaya melumpuhkan pemberontakan Syu. Tahun 2004, Pen menembak mati Syu.




Tapi kesan dari Rusuhan Besar, kerajaan menanggung hutang yang banyak. Untuk menjimatkan kos, Kerajaan Pusat dibubarkan, hanya tinggal Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri pula mengecilkan kawasan pentadbiran. 




Hasilnya, banyak kawasan yang tiada pemilik, tidak dijaga, tidak ditadbir sesiapa. Kawasan-kawasan inilah yang diambil alih oleh Pen dan pengikutnya. Kawasan yang tidak dijaga Kerajaan Negeri ini dipanggil, Outside.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TAHUN 2005


Tahun 2005, Kerajaan Negeri berpecah menjadi beberapa Negara Bandar untuk mengurangkan kos pentadbiran. Setiap Negara Bandar menjadi semakin stabil, dari segi ekonomi dan politik.




Demi mendapatkan sumber-sumber untuk menampung kehidupan rakyat, setiap Negara Bandar membuat penjanjian dengan Pen dan pengikutnya, agar Pen menghantar sumber dari Outside ke Negara Bandar mereka, dan mereka akan memberi Pen bekalan senjata, barang yang telah diproses, minyak, gas memasak.




Ya, Negara Bandar ada teknologi dan hubungan dengan negara luar, dan Pen pula ada hasil tanaman, ternakan, tanah, hutan, laut, dan buruh.


Maka, Pen pun mula mengukuhkan empayar miliknya.





~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


[Picture source - Vampire Wars Facebook]


BAB EMPAT+



Rolls-Royce putih memecut gagah di lebuhraya sunyi. Rafiq masih sedap lena. Lena saja pengubat resah hatinya.


Picture source : blogs.motortrend.com




Walaupun dalam lena, fikirannya terngiang-ngiang segala yang berlaku sejak 35 tahun dahulu. Terutama peristiwa tahun 1998, tahun 2000, tahun 2003, tahun 2005, tahun 2015, tahun 2018, tahun 2023, tahun 2028 dan tahun abangnya pergi - 2031.




Rafiq yakin, satu lagi peristiwa penting akan berlaku tahun ini - 2033. Cuma dia harap peristiwa penting tahun ni bukan kerana kematiannya. Rafiq tak mahu mati. Bukan sekarang.




PAAAM!



Rafiq terjaga. Mukanya pucat. Kereta mereka langgar sesuatu? Kena tembak? Perasaan je?





Pakcik Loqo senyum pandang Rafiq - senyuman yang bermaksud - Aku tahu apa dalam fikiran kau. 




"Rileks... Jalan lama tak servis, banyak lubang"




Rafiq tarik nafas lega. So, apa yang dah berlaku sejak 35 tahun dahulu. Well, semuanya bermula dengan keruntuhan ekonomi tahun 1998-2000. Runtuhnya ekonomi bermaksud orang tidak lagi berjual beli. Tiada lagi duit kertas. Tiada lagi tukar suka sama suka.