Kata ahli ekonomi, ekonomi tak mungkin runtuh. Kata orang berniaga, selagi ada permintaan selagi tu ada orang jual beli. Tapi peristiwa kira-kira 35 tahun dahulu mengingatkan manusia, tiada apa yang mustahil.
TAHUN 1998 - 2000
Kegawatan ekonomi sejak 1997 gagal dipulihkan. Banyak kilang tutup. Tutupnya kilang-kilang menyebabkan jumlah barang keperluan di pasaran berkurangan. Harga barang melonjak. Hiperinflasi berlaku. Seorang lelaki bernama Pen mula merancang sesuatu.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
TAHUN 2000-2003
Perbelanjaan kerajaan meningkat. Rusuhan berlaku di setiap negeri. Orang ambil kesempatan tidak bayar cukai. Tiada orang simpan duit di bank. Bank rugi. Kerajaan tiada lagi duit untuk membayar upah polis, tentera, pekerja pejabat. Rusuhan besar tercetus.
Satu lagi perkara mengejutkan ialah peristiwa seperti ini berlaku di seluruh dunia. Beberapa negara berperang hingga menjadi debu. Di negara Malaysia, tiada lagi orang jual beli. Mahukan sesuatu? Curi, rampas dari orang lain.
Dalam keadaan huru-hara, Pen berjaya mengumpul beberapa pengikut setia. Salah seorang dari pengikutnya ialah Syu - Great Anarchist.
Agenda yang dibawa Syu hanya satu, runtuhkan kerajaan, dan kita semua bebas. Ramai rakyat yang ikut Syu kerana ingin keluar dari derita. Ramai peniaga sokong Syu kerana takmau lagi ada campurtangan kerajaan seperti harga syiling dan cukai.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
TAHUN 2003-2005
Syu hampir berjaya musnahkan kerajaan. Tapi Pen tiba-tiba muncul dan mendedahkan kelemahan Dunia Bebas - Utopia ciptaan Syu. Sedikit sebanyak moral pengikut Syu mula jatuh.
Pen yang disokong beberapa kerajaan negeri berjaya melumpuhkan pemberontakan Syu. Tahun 2004, Pen menembak mati Syu.
Tapi kesan dari Rusuhan Besar, kerajaan menanggung hutang yang banyak. Untuk menjimatkan kos, Kerajaan Pusat dibubarkan, hanya tinggal Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri pula mengecilkan kawasan pentadbiran.
Hasilnya, banyak kawasan yang tiada pemilik, tidak dijaga, tidak ditadbir sesiapa. Kawasan-kawasan inilah yang diambil alih oleh Pen dan pengikutnya. Kawasan yang tidak dijaga Kerajaan Negeri ini dipanggil, Outside.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
TAHUN 2005
Tahun 2005, Kerajaan Negeri berpecah menjadi beberapa Negara Bandar untuk mengurangkan kos pentadbiran. Setiap Negara Bandar menjadi semakin stabil, dari segi ekonomi dan politik.
Demi mendapatkan sumber-sumber untuk menampung kehidupan rakyat, setiap Negara Bandar membuat penjanjian dengan Pen dan pengikutnya, agar Pen menghantar sumber dari Outside ke Negara Bandar mereka, dan mereka akan memberi Pen bekalan senjata, barang yang telah diproses, minyak, gas memasak.
Ya, Negara Bandar ada teknologi dan hubungan dengan negara luar, dan Pen pula ada hasil tanaman, ternakan, tanah, hutan, laut, dan buruh.
Maka, Pen pun mula mengukuhkan empayar miliknya.
~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
[Picture source - Vampire Wars Facebook]
0 comments:
Post a Comment