04 July 2012

BAB EMPAT+



Rolls-Royce putih memecut gagah di lebuhraya sunyi. Rafiq masih sedap lena. Lena saja pengubat resah hatinya.


Picture source : blogs.motortrend.com




Walaupun dalam lena, fikirannya terngiang-ngiang segala yang berlaku sejak 35 tahun dahulu. Terutama peristiwa tahun 1998, tahun 2000, tahun 2003, tahun 2005, tahun 2015, tahun 2018, tahun 2023, tahun 2028 dan tahun abangnya pergi - 2031.




Rafiq yakin, satu lagi peristiwa penting akan berlaku tahun ini - 2033. Cuma dia harap peristiwa penting tahun ni bukan kerana kematiannya. Rafiq tak mahu mati. Bukan sekarang.




PAAAM!



Rafiq terjaga. Mukanya pucat. Kereta mereka langgar sesuatu? Kena tembak? Perasaan je?





Pakcik Loqo senyum pandang Rafiq - senyuman yang bermaksud - Aku tahu apa dalam fikiran kau. 




"Rileks... Jalan lama tak servis, banyak lubang"




Rafiq tarik nafas lega. So, apa yang dah berlaku sejak 35 tahun dahulu. Well, semuanya bermula dengan keruntuhan ekonomi tahun 1998-2000. Runtuhnya ekonomi bermaksud orang tidak lagi berjual beli. Tiada lagi duit kertas. Tiada lagi tukar suka sama suka.






0 comments: