10 July 2012

DUNIA SAKIT


Karya di bawah fiksyen semata-mata

  • Imagine, negara kita kehilangan golongan atas pagar, no more buffer...

  • Satu hari... parti politik, masyarakat akan pecah jadi dua, penyokong hiburan, dan penyokong agama.

  • Dan selama ni, berpuluh tahun golongan hiburan asyik menang, seorang leader naik utk pimpin golongan agama yg minoriti.

  • Golongan agama bertambah, dan makin kuat, makin kuat, dan mereka sememangnya betul, yang sebetulnya, absolute.

  • Golongan hiburan adalah golongan rosak, kotor, gelap hati, setiap kata mereka tak berharga, even tak senilai setitik peluh

  • Oleh kerana golongan hiburan berpuluh tahun tindas agama, sekarang buffer-makhluk atas pagar dah hilang, maka inilah peluang untuk cuci segala kekotoran ini

  • Demi kedamaian-kemajuan-kebaikan











04 July 2012

BAB ENAM+


Hotel Esplanade, Negara Manjung, 2033... 


Rafiq masih mamai, pening, dan bertambah pening bila memikirkan bagaimana Syu, pengikut setia Pen, boleh tiba-tiba mati ditembak oleh Pen? 

Pic source : Legacy of Thousand Suns Facebook

Macam mana Pen boleh tiba-tiba berbeza ideologi dengan pengikut setianya. Something missing.  



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Pen dah takde, hanya diari dia yang tinggal, tapi masih banyak maklumat yg tak lengkap tentangnya.


Kereta Rolls-Royce yang membawa Rafiq masih terus dipandu mengelilingi bangunan hotel. Untuk langkah berjaga-jaga kata Pakcik Loqo.


Pic source :  http://www.pcslimos.co.uk


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Rafiq lihat sekeliling. Keadaan di Negara Bandar amat berbeza dengan kawasan Outside yang dijaga keluarga mereka.


Negara Bandar lebih meriah. Lebih banyak kereta yang bergerak di atas jalan. Gadis-gadis memakai T-shirt cantik sedang menikmati kopi di kafe. 


Sesetengah gadis nampak lebih comel dengan gaya tudung yang dia tak pernah lihat. Rafiq juga nampak orang berpakaian robot, abangnya pernah cerita, mereka ialah cosplayer.


Pic source : Legacy of Thousand Suns Facebook

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Akhirnya, Rolls-Royce putih ini masuk ke dalam kawasan parking bawah tanah. Rafiq menarik nafas, tahan, dan hembus nafasnya.


"Ok, masa untuk kerja"



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


BAB LIMA+



Kata ahli ekonomi, ekonomi tak mungkin runtuh. Kata orang berniaga, selagi ada permintaan selagi tu ada orang jual beli. Tapi peristiwa kira-kira 35 tahun dahulu mengingatkan manusia, tiada apa yang mustahil.





TAHUN 1998 - 2000


Kegawatan ekonomi sejak 1997 gagal dipulihkan. Banyak kilang tutup. Tutupnya kilang-kilang menyebabkan jumlah barang keperluan di pasaran berkurangan. Harga barang melonjak. Hiperinflasi berlaku. Seorang lelaki bernama Pen mula merancang sesuatu.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TAHUN 2000-2003


Perbelanjaan kerajaan meningkat. Rusuhan berlaku di setiap negeri. Orang ambil kesempatan tidak bayar cukai. Tiada orang simpan duit di bank. Bank rugi. Kerajaan tiada lagi duit untuk membayar upah polis, tentera, pekerja pejabat. Rusuhan besar tercetus.




Satu lagi perkara mengejutkan ialah peristiwa seperti ini berlaku di seluruh dunia. Beberapa negara berperang hingga menjadi debu. Di negara Malaysia, tiada lagi orang jual beli. Mahukan sesuatu? Curi, rampas dari orang lain.




Dalam keadaan huru-hara, Pen berjaya mengumpul beberapa pengikut setia. Salah seorang dari pengikutnya ialah Syu - Great Anarchist.




Agenda yang dibawa Syu hanya satu, runtuhkan kerajaan, dan kita semua bebas. Ramai rakyat yang ikut Syu kerana ingin keluar dari derita. Ramai peniaga sokong Syu kerana takmau lagi ada campurtangan kerajaan seperti harga syiling dan cukai.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TAHUN 2003-2005


Syu hampir berjaya musnahkan kerajaan. Tapi Pen tiba-tiba muncul dan mendedahkan kelemahan Dunia Bebas - Utopia ciptaan Syu. Sedikit sebanyak moral pengikut Syu mula jatuh. 




Pen yang disokong beberapa kerajaan negeri berjaya melumpuhkan pemberontakan Syu. Tahun 2004, Pen menembak mati Syu.




Tapi kesan dari Rusuhan Besar, kerajaan menanggung hutang yang banyak. Untuk menjimatkan kos, Kerajaan Pusat dibubarkan, hanya tinggal Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri pula mengecilkan kawasan pentadbiran. 




Hasilnya, banyak kawasan yang tiada pemilik, tidak dijaga, tidak ditadbir sesiapa. Kawasan-kawasan inilah yang diambil alih oleh Pen dan pengikutnya. Kawasan yang tidak dijaga Kerajaan Negeri ini dipanggil, Outside.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


TAHUN 2005


Tahun 2005, Kerajaan Negeri berpecah menjadi beberapa Negara Bandar untuk mengurangkan kos pentadbiran. Setiap Negara Bandar menjadi semakin stabil, dari segi ekonomi dan politik.




Demi mendapatkan sumber-sumber untuk menampung kehidupan rakyat, setiap Negara Bandar membuat penjanjian dengan Pen dan pengikutnya, agar Pen menghantar sumber dari Outside ke Negara Bandar mereka, dan mereka akan memberi Pen bekalan senjata, barang yang telah diproses, minyak, gas memasak.




Ya, Negara Bandar ada teknologi dan hubungan dengan negara luar, dan Pen pula ada hasil tanaman, ternakan, tanah, hutan, laut, dan buruh.


Maka, Pen pun mula mengukuhkan empayar miliknya.





~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


[Picture source - Vampire Wars Facebook]


BAB EMPAT+



Rolls-Royce putih memecut gagah di lebuhraya sunyi. Rafiq masih sedap lena. Lena saja pengubat resah hatinya.


Picture source : blogs.motortrend.com




Walaupun dalam lena, fikirannya terngiang-ngiang segala yang berlaku sejak 35 tahun dahulu. Terutama peristiwa tahun 1998, tahun 2000, tahun 2003, tahun 2005, tahun 2015, tahun 2018, tahun 2023, tahun 2028 dan tahun abangnya pergi - 2031.




Rafiq yakin, satu lagi peristiwa penting akan berlaku tahun ini - 2033. Cuma dia harap peristiwa penting tahun ni bukan kerana kematiannya. Rafiq tak mahu mati. Bukan sekarang.




PAAAM!



Rafiq terjaga. Mukanya pucat. Kereta mereka langgar sesuatu? Kena tembak? Perasaan je?





Pakcik Loqo senyum pandang Rafiq - senyuman yang bermaksud - Aku tahu apa dalam fikiran kau. 




"Rileks... Jalan lama tak servis, banyak lubang"




Rafiq tarik nafas lega. So, apa yang dah berlaku sejak 35 tahun dahulu. Well, semuanya bermula dengan keruntuhan ekonomi tahun 1998-2000. Runtuhnya ekonomi bermaksud orang tidak lagi berjual beli. Tiada lagi duit kertas. Tiada lagi tukar suka sama suka.






06 June 2012

BAB TIGA+



Hari ni hari Rabu, 14 Jun 2023...




Seorang lelaki sedang membawa tiga anak lelakinya berjalan di halaman rumah. Luas halaman rumahnya, dan tersergam indah sebuah banglo mewah biru di belakang mereka.




Lelaki ini, Tuan Syafiq, sedang memberi beberapa nasihat kepada anak-anaknya.




  • Kita takkan boleh ubah pendapat orang, tapi boleh gunakan pendapat mereka untuk keperluan kita

  • Kumpulkan manusia untuk buat duit, tak sama dengan kumpul manusia untuk buat keluarga




PAAAAAMMM! Satu das tembakan tepat hinggap di kepala Tuan Syafiq.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


Rafiq terjaga dari lelap. Dia lihat jam tangan MaĆ®tres du Temps miliknya. 



sumber picture : http://www.watchtime.com/




Oh sekarang dah pukul 2, 20 Mac... 2033




Tahun 2033... 10 tahun sudah ayahnya tinggalkannya. Rafiq menarik nafas dan hembus perlahan. Rasa tak selesa duduk dalam kereta. Dia rasa nak melompat, berlari, menari, apa saje asalkan dapat keluar dari kereta ni.




Pakciknya, Loqo, masih tak berhenti-henti bercakap. Tak habis-habis dengan nasihat, dengan pengalamannya, dengan awek dier pernah jumpa.


~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~


Tiba-tiba pakciknya sebut sesuatu yang menarik perhatiannya.




"Hang jangan jadi macam abang hang. Abang hang penakut. Nasib baik hang ada. Hang kena tunjukkan yang hang boleh lead this family"




"Jangan jadi penakut macam abang hang lari dari rumah"



Hmm, kata-kata Pakcik Loqo membuatkan Rafiq teringat kisah dia, abangnya dan sepupu mereka Ariffin. Rafiq masih ingat, Ariffin hilang kedua dua biji matanya, dan abangnya yang penakut ini yang menyelamatkan nyawa Ariffin


Terngiang-ngiang kata abangnya di fikirannya,





"Kalau berani tapi bodoh pun tak guna. Bila ko duk diam sekurang kurangnya ko ada peluang untuk berpikir. So diam and pikir!"




Rafiq mengeluh. Perjalanan masih panjang, dan Rafiq terlelap sekali lagi.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~





12 April 2012

BAB DUA+

GERAK HATI

"Aku tak takut buat salah. GUILTY ialah pendorong aku untuk perbaiki diri, DENGKI ialah penghalang aku maju. MENYESAL ialah benda bodoh yang aku takkan buat. Simple."
-Pen 31 MAC 2003




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~



RAFIQ menutup catatan diari seorang tokoh lama. Setiap anggota keluarganya wajib baca diari ni. Kononnya ada rahsia bagaimana tokoh tu berjaya.

"Rahsia? Bodoh, rahsia apa, itu hanya catatan manusia biasa, manusia yg sama macam aku. Aku pun boleh tulis satu diari sama macam tu. Mungkin lebih bagus."

Rafiq menyarung sutnya. Tiada jenama. Tapi sutnya dijahit oleh sahabat baiknya. Kainnya gred 180. Personal touch, setiap butang, setiap lekuk mengikut citarasa Rafiq. A fine bespoke tailored suit. Sahabatnya pandai adjust supaya suit tu kena dengan postur Rafiq.





~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 


Rafiq mencapai jamnya, duduk sebentar di atas katil hotel, kemudian menjeling pada salinan diari agung tadi.

"Tapi aku setuju, DENGKI, kalau ko asyik memandang punggung orang lain, ko takkan nampak jalan ko sendiri."



"MENYESAL? Selagi ko tunduk pandang bawah kerana kesalahan lama, selagi tu ko akan terus sesat. Yes, simple."

Senyuman Rafiq diganggu oleh ketukan lembut pada pintu biliknya. Tak sempat Rafiq jawab, seorang lelaki tinggi masuk.




~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 


Rambut putih tapi masih muda. Kulit putih seperti foreigner, matanya merah seperti delima.

"Geng, jom gerak" Lelaki misteri tu mengajak Rafiq tanpa sebarang senyuman terukir.



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 




Sebuah kereta Rolls-Royce lama sedang menunggunya. Pakciknya sedang menghisap curut dekat-dekat situ. Sebaik nampak saje Rafiq keluar dari bangunan hotel, kemain riang pakciknya, sekuat hati dier peluk Rafiq.

"Hahaha relaks. Ikut gerak hati hang" Pakciknya menyimpan curut kemudian meludah ke dalam longkang.

Gerak hati? Gerak hati Rafiq kata malam ni, dia bakal jadi korban permainan orang-orang keji dalam keluarganya.



~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ 


+NEXT - BAB TIGA+


+BACK TO BAB SATU+

03 April 2012

BAB SATU+

IKUT ARUS

Jari aku sedang membelek-belek duit syiling baru Malaysia. Kenapa syiling ni perlu tukar bentuk baru? Duit syiling baru dah sah-sah tak laku kat mesin basuh, mesin tiket komuter dan mesin jual air tin. 

Aku pikir lagi. Benda yang solid macam syiling ni pun berubah. Kenapalah aku still tak berubah.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~

Skang aku ambil konsep floating, mengapungkan diri mengikut arus. Not bad actually. Aku gembira. Ada kekasih. Ada keluarga. Aku bebas buat apa aku nak. Tapi, tapi kadang-kadang aku rasa tak puas hati. 

Walaupun aku selesa dengan keadaan sekarang, tapi kalau aku biarkan saje, aku takkan ke mana-mana, aku akan stuck dengan kehidupan aku sekarang. Jauh di dalam sudut hati aku, aku nak sedikit adventure dalam hidup aku. Cabaran baru, kawan baru, dunia baru.

Cuma aku takut, aku takut kalau aku berubah, aku akan jadi tak laku, seperti syiling baru ni.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~